Orang Asli boleh miliki tanah, aset sendiri

December 25, 2009 at 9:52 am (Uncategorized)

SUNGKAI: Akta Orang Asli 1954 akan dipinda bagi membolehkan masyarakat Orang Asli di negara ini memiliki tanah serta aset lain terutama di kawasan penempatan mereka yang diduduki sejak sekian lama sama seperti masyarakat lain.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata pindaan terhadap akta itu wajar terutama Akta 134 bagi membolehkan Orang Asli turut sama menikmati pemberian hak milik tanah.

Beliau berkata, berbanding ketika ini, masyarakat Orang Asli hanya menduduki tanah di kawasan tertentu yang diwartakan kepada mereka tetapi mereka tidak memiliki geran atas tanah yang mereka diduduki.

Katanya, Majlis Tanah Negara (MTN) yang bersidang baru-baru ini ada membincangkan perkara itu dan ia akan di serahkan kepada Peguam Negara untuk diperhalusi sebelum dipinda.

“Pindaan akta itu dijangka dapat dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat awal tahun depan selepas setiap perkara berkaitan diteliti,” katanya pada sidang media selepas merasmikan majlis penutup Program Jejak Siswa Pelajar Orang Asli 2009 di Felda Residence Trolak, di sini, semalam.

Seramai 210 pelajar di kalangan masyarakt Orang Asli yang menuntuk di institut pengajian tinggi (IPT) tempatan menyertai program selama empat hari itu yang berakhir semalam.

Shafie Apdal berkata, antara lain pindaan itu membabitkan aspek seperti takrifan Orang Asli, pembahagian harta pusaka dan perkara berkaitan.

Beliau berkata, Akta 134 sedia ada hanya membolehkan sesuatu kawasan tanah itu diwarta atau dirizab untuk masyarakat Orang Asli tanpa diberikan hak milik kepada mereka.

Terdahulu, dalam ucapanya, beliau berkata, kerajaan akan melaksanakan pembangunan untuk kemajuan dan keselesaan masyarakat Orang Asli di negara ini dalam pelbagai aspek seperti infrastruktur, ekonomi, sosial dan pendidikan.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan tidak akan melakukan pembangunan secara drastik di kawasan penempatan Orang Asli semata-mata mahu memajukan masyarakat itu sehingga mengabaikan keperluan sebenar mereka.

“Kita akan memastikan setiap bentuk pembangunan dilaksanakan mengikut keperluan dan kehendak Orang Asli kerana kita percaya mereka lebih mengetahui apa yang mereka mahu dan bukannya melaksanakan sesuatu yang mereka tidak mahu,” katanya.

Sementara itu, katanya, pelajar di kalangan Orang Asli diingatkan agar tidak terpengaruh dengan dakyah pihak tertentu yang sering menuduh kerajaan tidak melakukan apa-apa demi kesejahteraan Orang Asli di negara ini.

Beliau berkata, sebenarnya kerajaan sudah melaksanakan pelbagai perkara untuk Orang Asli di negara ini terutama dalam segi memberi pelajaran yang sempurnakan kepada mereka sehingga kaum Orang Asli yang belajar di sekolah dan IPT semakin meningkat.

berita harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: