368 Orang Asli di IPT

December 25, 2009 at 9:42 am (Uncategorized)

Oleh Rosman Shamsudin
am@hmetro..com.my

SUNGKAI: Bilangan pelajar Orang Asli di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) menunjukkan peningkatan memberangsangkan dengan statistik terkini menunjukkan seramai 368 menuntut di pelbagai IPT di negara ini berbanding 157 orang pada 2004.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KLBW), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata peningkatan itu didorong kenaikan jumlah bantuan biasiswa yang diberikan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) kepada pelajar berkenaan.

Beliau berkata, bermula tahun ini, kadar bantuan biasiswa bagi pelajar Orang Asli yang melangkah ke IPT bagi peringkat sijil, diploma dan ijazah dinaikkan bagi memastikan mereka bersaing dengan kaum Bumiputera lain.

“Kadar biasiswa peringkat sijil dinaikkan kepada RM3,500 setiap semester berbanding RM1,170 sebelum ini manakala peringkat diploma pula dinaikkan daripada RM2,232 kepada RM5,000.

 
 

“Penuntut ijazah dalam jurusan perubatan akan memperoleh kenaikan bantuan sehingga RM7,000 dan jurusan lain sebanyak RM6,500 setiap semester berbanding RM2,670 sebelum ini,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian penutup Program Jejak Siswa Pelajar Orang Asli 2009, di Felda Residence Trolak, dekat sini, semalam.

 

Hadir sama, Ketua Pengarah JHEOA, Mohd Sani Mistam; Ahli Dewan Negara, Senator Olian Abdullah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Slim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib.

Terdahulu, 300 pelajar Orang Asli dari seluruh negara menyertai Program Jejak Siswa (PJS) yang julung kali diadakan selama empat hari di Felda Residence Trolak bertujuan mengumpulkan pelajar Orang Asli yang berjaya ke institusi pengajian tinggi.

Mohd Shafie berkata, dalam usaha memberi semangat kepada pelajar Orang Asli menempatkan diri ke IPT, JHEOA akan memberi sumbangan komputer riba kepada pelajar semester tiga yang mendapat keputusan cemerlang.

harian metro 25.12.2009

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: